Tuesday, 2 February 2016

Ahlan Wa Sahlan :))

    Latihan Untuk Meningkatkan Daya        Tahan Kardiovaskular

Maksud Daya Tahan Kardiovasukular?

Daya Tahan Kardiovasukular bermaksud kemampuan dan kecekapan otot jantung,saluran darah (arteri,vena dan kapilari) dan sistem pernafasan untuk  membekalkan oksigen  pada otot secara berterusan semasa melakukan aktiviti. Contohnya aktivitit yang berbentuk aerobik seperti berjoging,latihan Parcourse atau latihan Fartlek.

Contoh latihan untuk meningkatkan Daya Tahan Kardiovasukular ialah:

1) Latihan Paracourse
-Paracourse merupakan gabungan beberapa aktiviti kecergasan di  sepanjang laluan larian berstesen.

-Bertujuan untuk meningkatkan daya tahan dan kekuatan otot  jantung.

-Contoh aktiviti latihan Paracourse ialah: 
 a) Lompat Kuadran
 b) Bergayut di Palang
 c) Dududk Jangkau
 d) Tangga Tegak
 e) Angkat Kaki
 f) Lompat Sentuh Palang
 g) Naik Turun Bangku 
 h) Meniti Palang

-Murid boleh berjalan,lari pecut antara satu stesen dengan satu  stesen yang lain.

-Setiap stesen mempunyai aktiviti kecergasan berlainan.

2) Latihan Fartlek
-Latihan ini adalah satu sistem latihan yang berkonsepkan pelbagai  kelajuan seperti: a) berjalan pantas
                            b) lari pecut
                            c) berjoging
                            d) berlari dalam kelajuan sederhana

-Latihan ini boleh dilakukan pada pelbagai permukaan tanah seperti  pasir,rumput,bukit dan jalan raya.

-Latihan ini adalah satu bentuk aktiviti yang dilaksanakan secara berterusan dengan pelbagai tahap kelajuan.

Itu sahaja dari saya,harap blog ini membantu semua dan memberi manfaat. Terima kasih :)